Tips Hidup Bahagia Hanya Dengan ‘Hidup Masa Sekarang’

Tips Hidup Bahagia Hanya Dengan ‘Hidup Masa Sekarang’

Julai 9, 2019 0 By Suriya Majid

Apalah erti kekayaan, jika tiada bahagia bukan? Semua orang mahu hidup bahagia.

Tapi bagaimanakah caranya untuk kita benar-benar rasa bahagia? Adakah dengan membeli handbang ribuan RM? Atau membeli kereta sport idaman?

Ya benar, mungkin kita akan rasa bahagia. Tapi percayalah, ianya hanya seketika.

Macam handbag, seminggu pertama je kita akan rasa teruja dan seronok. Sebulan lepas tu, dah tak ada apa benda dah. Handbag tu dah jadi sama je dengan handbag lain yang terperuk dalam almari.

Tak ada beza.

Hidup Bahagia Dengan Sedar Kita Hidup Di Masa Sekarang

Iya betul, kita memang hidup di masa sekarang. Tapi ramai yang tak sedar hakikat ini.

Kebanyakkan dari kita tanpa sedar akan hidup pada masa akan datang dan masa lampau.

Terperangkap Hidup Masa Hadapan

Terlalu seronok untuk mencapai segala impian sehingga terlupa hakikat hidup yang sebenar ada hidup masa sekarang.

Anda boleh faham apa yang saya cuba katakan?

Baiklah saya berikan satu contoh. Cuba lihat cara kita bangun pagi. Sedar saja dari tidur, terus fikir mesyuarat yang akan berlaku di pejabat. Ataupun terus fikir, apa yang nak dimasak untuk sarapan nanti.

Nabi kita sudah pun ajar, bila bangun dari tidur perkara pertama yang kita mesti lakukan adalah syukur. Betapa pentingnya bersyukur sehingga ada doa yang khusus.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan.”

Nikmati waktu baru bangun dari tidur itu. Sedari hakikat yang Allah telah hadiahkan satu hari lagi untuk kita buat segala kebaikan.

Sedari hakikat yang jantung kita masih berdegup. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan, dan syukur masih ada cukup oksigen untuk kita terus hidup.

Allah sudahpun berjanji, jika kita bersyukur nikmat pasti akan bertambah.

Terperangkap Hidup Masa Lalu

Saya terus berikan satu contoh, katakanlah malam semalam kita suami isteri bergaduh. Sebelum tidur pun pasangan dah minta maaf.

Tapi kita masih berdegil, sampaikan membawa ke pagi. Bangun je teringat kata-kata yang pasangan lemparkan semalam. Rasa sakit hati, geram dan marah.

Sampaikan kita tak sedar segala nikmat-nikmat lain yang ada di sekeliling masa itu. Ada baju yang cantik untuk di pakai ke pejabat. Sarapan yang pasangan dah hidangkan atas meja.

Anak-anak yang tersengih minta dibelai. Dan pelbagai lagi.

Hiduplah di masa sekarang. Masa yang benar-benar ada untuk kita adalah masa sekarang. Berikan tumpuan.

Saya beri satu lagi contoh cara bagaimana hidup bahagia dengan hidup masa sekarang.

Ketika anda makan, cuba lihat hidangan yang ada dalam pinggan. Nasi? Berpuluh atau mungkin beratus orang yang terlibat untuk memungkinkan anda dapat makan nasi hari itu.

Bermula dari yang menanam, sampailah waktu anda bayar hidangan ini kepada penjual tadi.

Makan dengan penuh rasa sedar. Nikmati setiap kunyahan. Pasti ianya akan rasa lebih lazat dari hidangan sebelum-sebelum ini.

Sudah dapat?

Tak apa kalau belum, saya kongsi satu video. Video yang pasti akan membuka hati dan mengubah persepsi anda tentang hidup bahagia.

Hiduplah di masa sekarang untuk hidup yang bahagia.