Bagaimana Rasa Sakit Buah Pinggang?

Bagaimana Rasa Sakit Buah Pinggang?

Julai 10, 2019 0 By Suriya Majid

Apakah agaknya rasa sakit buah pinggang yang sebenar? Di mana rasa sakitnya? Dan berapa lama pula sakitnya?

Soalan-soalan ini pasti berlegar-legar di dalam fikiran anda sekarang. Mungkin sejak kebelakangan ini anda merasa sakit pada pinggang. Tapi adakah betul ia sakit buah pinggang?

Rasa Sebenar Sakit Buah Pinggang

Biasanya pesakit akan merasa sakit yang berterusan pada bahagian belakang buah pinggang. Bahagian ini juga dipanggil sebagai ‘flank’.

Jika satu buah pinggang yang sakit, maka hanya satu bahagian belakang saja yang sakit.

Namun sakit ini sahaja tidaklah cukup bagi mengesahkan anda sememangnya mengalami masalah buah pinggang.

Tanda-tanda Lain Sakit Buah Pinggang

Rasa sakit yang berterusan ini juga akan disertai oleh beberapa tanda-tanda yang lain. Seperti:

  1. darah pada air kencing
  2. demam dan menggigil
  3. lebih kerap buang air kecil dari kadar normal
  4. rasa loya dan muntah
  5. sakit hingga ke pangkal peha
  6. rasa sakit atau rasa panas ketika buang air kecil
  7. terkena jangkitan pada saluran air kecil

Punca-punca Rasa Sakit

Rasa sakit pada buah pinggang ini adalah tanda yang anda sedang mengalami masalah. Berikut adalah beberapa punca mengapa:

  1. Terkena jangkitan yang dipanggil pyelonephritis.
  2. Ada pendarahan pada buah pinggang.
  3. Terdapat ketulan darah pada saluran darah yang menghubungkan buah pinggang. Ia juga disebut sebagai renal vein thrombosis.
  4. Buah pinggang membengkak kerana terpaksa menampung air kencing, juga digelar hydronephrosis.
  5. Ada ketumbuhan atau kanser pada buah pinggang.
  6. Cyst pada buah pinggang semakin membesar atau mungkin pecah.
  7. Anda mungkin mengalami sakit polycystic kidney disease.
  8. Akhir sekali, kemungkinan ada batu pada bahagian buah pinggang.

Jika anda mengalami rasa sakit yang berterusan, saya menyarankan untuk segera berjumpa doktor dan dapatkanlah pemeriksaan.

Lambat bertindak hanya akan memburukkan lagi keadaan. Saya yakin anda tentu tidak mahu sampai buah pinggang gagal berfungsi bukan?