Kerap Ulser Mulut Petanda Kanser? Ini Penjelasannya

Kerap Ulser Mulut Petanda Kanser? Ini Penjelasannya

Julai 24, 2019 0 By Suriya Majid

Saya faham betul bila mana ulser mulut ni menjelma. Sakitnya Ya Rabbi! Nak makan payah, nak bercakap apatah lagi.

Memang boleh ‘spoiled the whole day’.

Biasanya ia akan sembuh sendiri dalam satu hingga ke dua minggu. Tetapi kalau lambat sembuh atau tidak sembuh, anda perlulah berjumpa doktor.

Ulser Mulut Simptom Kanser

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, ulser yang tidak sembuh adalah salah satu simptom kanser mulut.

Oleh itu, jangan pandang remeh. Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Anda yang biasa alami ulser mulut dan selalunya akan sembuh, tidaklah perlu risau. Masalah ini memang selalu sangat berlaku.

Biasanya sebab makan benda yang keras dan agak tajam. Boleh jadi juga sebab anda menggosok gigi terlalu kuat. Dan kalau anda nak tahu, ada beberapa lagi sebab kenapa mata ikan ini berlaku.

Ya, di rumah saya selalu sebut sakit ni sebagai mata ikan. Korang pula panggil apa?

10 Penyebab Mata Ikan Yang Anda Mungkin Tak Tahu

  1. Kecederaan ringan akibat mengosok gigi kuat, kecederaan semasa bersukan atau tergigit mulut semasa makan.
  2. Ubat gigi dan ubat kumur yang anda gunakan mengandungi SLS (sodium lauryl sulfate).
  3. Makan makanan yang berasid seperti strawberi, buah oren, nenas, coklat dan kopi.
  4. Gemar makan makanan yang pedas dan berempah.
  5. Badan anda mengalami kekurangan vitamin penting, terutamanya B-12, asid folate dan zat besi.
  6. Bakteria di dalam mulut.
  7. Mengalami perubahan hormon, contohnya ketika anda mengalami menstruasi.
  8. Memakai braces.
  9. Stress dan kurang tidur.
  10. Jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Cara Rawat Ulser Mulut Supaya Cepat Sembuh

Ini adalah cara yang biasa saya lakukan, Insyaallah dalam masa 3-4 hari dah sembuh. Boleh makan, ketawa dan bercakap macam biasa.

Boleh kata, hampir sekali dalam sebulan saya akan kena mata ikan ini. Nak buat macam mana, saya memang hantu pedas. Dan selalu tak berhati-hati semasa menggosok gigi.

Ok jom saya kongsikan.

  1. Kumur dengan Listerine untuk bagi rasa kebas dan kurangkan sakit.
  2. Sapu madu pada bahagian yang luka, kalau dalam mulut saya akan gunakan lidah. Saya pernah terbaca, madu ni bagus untuk cepat sembuhkan luka.
  3. Makan aiskrim perisa vanilla, ini pun bagus untuk kurangkan sakit.
  4. Minum air sejuk dan elak minum air panas.
  5. Makan makanan yang lembut-lembut dan elakkan makan pedas. Kalau tak pantang, boleh jadi lebih teruk nanti tau.
  6. Minum air secukupnya, saya minum 2-3 liter sehari. Kalau badan kurang air, proses nak sembuh jadi lebih lambat.
  7. Ambil suplemen B Compleks untuk lengkapkan kekurangan nutrisi, supaya tak ada ulser baru yang naik.
  8. Amalkan Sustained Release Vita C, supaya luka dalam mulut cepat sembuh.
  9. Bagi meredakan keradangan dan bengkak, saya ambil Omega Guard. Ia suplemen minyak ikan yang ada kandungan asid lemak omega 3. Asid lemak ini bagus untuk mengurangkan keradangan dan bengkak.

Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kawan-kawan yang juga alami masalah yang sama.

Jika anda perlukan suplemen B Compleks, SR Vita C dan Omega Guard untuk cepat sembuh, anda boleh terus klik sini “Saya Pun Ada Ulser” untuk terus ke chanel Whatsapp saya. Nanti saya berikan konsultasi yang khusus ya.

Atau, jika anda mahu terus membuat pembelian secara online boleh klik http://shaklee2u.com.my.

Terima kasih.