Elak 5 Makanan Ini Bagi Merawat Buah Pinggang

Elak 5 Makanan Ini Bagi Merawat Buah Pinggang

Ogos 7, 2019 0 By Suriya Majid

Hati-hati dengan pemilihan makanan, silap makan boleh menyebabkan buah pinggang bertambah terjejas. Ketahui 5 makanan ini jika anda sedang merawat buah pinggang.

Makanan Yang Tidak Sesuai Bagi Pesakit Buah Pinggang

1. Roti Whole Wheat

Biasanya kita akan beranggapan bahawa roti jenis ini lebih sihat dari roti putih. Ya ini betul, bagi orang yang sihat roti whole wheat adalah pilihan yang baik kerana kadar nutrisinya yang tinggi berbanding roti putih.

Walaupun ia bernutrisi tinggi, roti ini juga mempunyai kandungan phosphorous dan potasium yang ini. Kedua mineral ini boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.

2. Beras Perang

Sama seperti roti whole wheat, beras perang juga mempunyai nutrisi yang lebih tinggi. Ianya pilihan yang bagi orang yang tidak mengalami masalah kesihatan.

Beras rebus atau ‘par boiled rice’ adalah pilihan yang lebih selamat.

3. Pisang

Jika anda benar teringin makan pisang, cukuplah hanya ambil sebiji sahaja untuk setiap hari.

Kenapa pisang perlu dielakkan? Ini kerana buah ini mengandungi potasium yang tinggi. Anda boleh gantikan dengan buah-buahan yang lain seperti nenas.

4. Tenusu

Semua makanan yang mengadungi tenusu adalah sumber kepada mineral seperti postasium dan phosphorous.

Anda boleh gantikan dengan makanan yang bebas tenusu. Seperti kek yang dibuat menggunakan minyak kelapa atau ‘almond milk’.

5. Oren & Jus Oren

Buah ini kaya dengan vitamin C, namun ianya juga banyak kandungan dua mineral yang tidak bagus untuk pesakit buah pinggang.

Anda boleh gantikannya dengan buah epal, cranberries atau anggur. Ini adalah pilihan yang lebih selamat.

Cuba sebaik mungkin untuk mengawal pengambilan 5 makanan di atas. Apatah lagi jika anda sedang dalam proses merawat buah pinggang.

Pemilihan makanan yang baik akan membantu anda jadi lebih sihat.

Rujukan: healthline.com