Hot Flashes? Tanda Anda Nak Putus Haid

Hot Flashes? Tanda Anda Nak Putus Haid

Ogos 14, 2019 0 By Suriya Majid

Apa itu ‘hot flashes’ dan betul ke itu tanda nak putus haid atau orang kita selalu sebut menopause? Kalau nak tahu, jom baca lagi.

Hot Flashes

Ia juga disebut sebagai ‘hot flush’. Biasanya keadaan ini akan dialami oleh wanita yang sedang memasuki fasa perimenopause.

Ia adalah satu tempoh sebelum menopause (1 tahun tidak datang haid) berlaku.

Semasa fasa inilah hampir semua wanita akan merasai ‘hot flashes’ ini. Anda mungkin akan mengalami rasa:

    rasa geli atau semut-semut pada bahagian telinga
    jantung berdenyut lebih laju dari biasa
    kulit rasa panas tiba-tiba
    muka menjadi merah
    berpeluh terutamanya pada bahagian atas badan

Berapa Lama Hot Flashes Berlaku?

Simptom ini biasanya akan datang secara tiba-tiba. Ada yang mengalaminya beberapa saat, namun ada pula yang sampai 10 minit lamanya.

Puratanya adalah 4 minit.

Kekerapan Hot Flashes

Ada wanita yang mengalaminya beberapa kali dalam masa sejam. Manakala ada pula yang hanya merasainya beberapa kali dalam satu minggu.

Gaya hidup dan corak pemakanan yang berbeza bagi setiap individu mempengaruhi kejadian simptom ini.

Bagaimana Cara Untuk Mengawal Hot Flashes?

Cara yang selamat dan berkesan adalah dengan mengubah gaya hidup biasa kepada yang lebih sihat.

Apa yang anda boleh lakukan adalah:

  • perbanyakkan pengambilan sayur dan buah setiap hari.
  • elakkan mengambil makanan segera, baik yang terus dibeli di restoran atau yang dijual di pasaraya.
  • kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang bergula tinggi seperti kek, kuih muih, teh tarik, ‘boba drinks’ dan lain-lain lagi.
  • minum air secukupnya.
  • lakukan senaman selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.
  • ambil suplemen yang semulajadi dan selamat seperti Vivix.