GERD Diet: 7 Makanan Untuk Kawal Simptom

GERD Diet: 7 Makanan Untuk Kawal Simptom

Ogos 21, 2019 0 By Suriya Majid

Memilih makanan yang betul seperti yang disarankan untuk GERD diet akan membantu mengawal simptom-simptom penyakit ini. Jenis makanan yang diambil akan mempengaruhi jumlah penghasilan asid perut.

Oleh itu, pemilihan makanan yang betul ada kunci dalam merawat GERD.

7 Makanan Yang Bagus Untuk Diet GERD

1. Sayur-sayuran

Sayur secara semulajadi mengandungi rendah lemak dan gula. Dan ini sangat membantu mengurangkan asid perut. Antara sayuran yang baik adalah, brokoli, asparagus, kobis bunga, sayuran berdaun hijau, kentang dan juga timun.

2. Halia

Ini juga adalah tumbuhan yang hebat. Ia mengandungi anti keradangan yang semulajadi dan telah digunakan sejak dahulu bagus merawat masalah pedih ulu hati.

Anda boleh potongkan halia dan masukkan ke dalam teh. Atau jadikan ia bahan untuk menghasilkan smoothie yang sedap.

3. Oat

Oat adalah sarapan yang bagus untuk anda. Ia adalah sumber fiber yang baik.

Oat ini akan menyerap asid perut dan seterusnya mengurangkan reflux simptom. Selain itu, roti whole meal atau beras perang juga bagus untuk anda amalkan.

4. Buah-buahan Bukan Sitrus

Pilih buah tanpa sitrus seperti tembikai, tembikai susu, rock melon, pisang, epal atau buah pear. Ia akan mengurangkan asid perut dan mengelakkan serangan GERD berbanding dengan buah-buahan sitrus seperti oren.

5. Daging Rendah Lemak dan Ikan

Daging yang tinggi lemak akan menyebabkan lebih banyak asid terhasil. Oleh itu daging rendah lemak, ikan dan seafood lain disarankan di dalam diet GERD.

Anda boleh bakar, rebus, stim atau panggang. Elakkan masak dengan menggunakan lada atau rempah yang pedas. Ini boleh menjadi penyebab GERD menyerang.

6. Putih Telur

Anda boleh makan 3-4 biji telur putih ketika bersarapan. Elakkan telur kuning, bukan sahaja boleh meningkat simptom penyakit malah ianya tinggi kolestrol.

7. Lemak Sihat

Terdapat pelbagai sumber lemak sihat antaranya minyak kelapa, minyak zaiton, buah avokado dan kekacang seperti badam. Ianya pilihan yang baik, simptom terkawal dan kesihatan badan juga akan bertambah baik.

Jika anda perlukan suplemen semulajadi yang bagus untuk merawat GERD, saya cadangkan anda untuk mengamalkan Vivix setiap hari.