Kenali Saya

Assalamualaikum,

Nama saya Suriya Ab Majid, juga dikenali sebagai Eray Majid. Saya seorang suri rumah tangga yang mengusahakan perniagaan Shaklee dari rumah. Sebelum ini saya menjalankan perniagaan ini hanya separuh masa kerana masih lagi bekerja di Open Univeristi Malaysia (OUM) sebagai Eksekutif.

Akhir tahun 2014, saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan saya di OUM dan mengejar cita-cita saya sebagai seorang ibu yang menjana pendapatan 5 angka dari rumah.

Alhamdulillah sudah lebih empat tahun saya bergelar WAHM (Working-At-Home-Mom). Bisnes Shaklee membantu saya merealisasikan impian besar ini.

10 Sebab Mengapa Saya Kekal dan Terus Jatuh Cinta Dengan Bisnes Shaklee

1- Produk Yang Terbukti Bagus

Terbukti ya, bukan sekadar testimoni. Ini kerana semua produk Shaklee, termasuk Vivix telah menjalani ujian klinikal. Padahal tak ada keperluan pun syarikat makanan tambahan seperti Shaklee untuk melakukan ujian ini. Biasanya hanya ubat-ubatan sahaja yang wajib membuat ujian sebegini.

Tetapi inilah Shaklee, kami mahu berikan kualiti yang tiada kompromi kepada pelanggan-pelanggan. Shaklee mahu lebih ramai orang dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan hidup lebih bahagia.

Saya tidak perlu memikirkan kualiti dan keberkesanan produk Shaklee. Kerana ianya telah dibuktikan dengan data-data yang sahih dari Landmark Study Shaklee.

Bagus bukan?

2- Bonus-bonus Yang Mengiurkan

Shaklee memberikan 5%-21% bonus bulanan untuk pada pengedar-pengedarnya. Sudah pasti bergantung  kepada hasil jualan semasa. Shaklee telah mempatenkan pendapatan yang infiniti. Bayangkan tiada had, kita sendiri yang tentukan berapa yang kita mahu.

Selain itu ada:

  • untung runcit lebih kurang 20% dari harga runcit
  • bonus kereta
  • bonus dapat award
  • bonus kepimpinan, hingga 6 level ke bawah

3- MLM Nan Adil

Di dalam bisnes Shaklee downline boleh naik pangkat dahulu dari upline. Ini kerana Shaklee amalkan, siapa berusaha, dia yang akan meraih hasil.

4- Bisnes Yang Boleh Diwariskan

Bisnes yang telah dibina kukuh tak ada habis begitu saja. Bisnes Shaklee ini boleh diwariskan kepada anak-anak nanti.

Sebagai ibu atau ayah, kita mesti tidak mahu anak-anak hidup susah di mana depan. Apatah lagi dengan zaman ekonomi yang begitu mencabar ini. Lebih baik bukan jika kita sediakan platform untuk anak-anak boleh hidup selesa nanti.

5- Peluang Percutian 5 Bintang PERCUMA

Kalau bercuti sendiri seboleh mungkin nak berjimat. Inilah peluangnya untuk dapatkan percutian mewah hasil dari titik peluh menjalankan dan mengembangkan bisnes Shaklee.

Setahun ada dua kali percutian yang ditawarkan, samada peringkat ‘Regional’ atau ‘International’. Contohnya tahun ini di Bangkok, Thailand dan Mediterranean Cruise.

6- Sumber Pendapatan Pasif

Seperti pokok durian yang ditanam dan dibaja berpuluh tahun lama-lama. Sekarang penanamnya asyik memungut hasil yang begitu lumayan.

Usia kita akan semakin meningkat, seperti saya di usia tua nanti saya mahu menikmati keindahan seluruh pelosok dunia dan memberi dengan lebih banyak lagi tanpa saya perlu bekerja keras setiap hari.

Shaklee memberikan peluang untuk mendapatkan pendapatan pasif. Kerja keras sekarang untuk masa depan yang lebih baik.

7- Menjadi Manusia Yang Lebih Baik

Kumpulan Shaklee yang saya sertai telah mengubah cara hidup saya. Saya menjadi lebih menghargai dan menyayangi diri dan orang disekeliling.

Dan paling penting, saya sedar hidup ini adalah untuk mati. Saya tidak mahu mati sebagai orang yang rugi dan akhirnya tercampak ke neraka. Siapalah yang tak mahu dipilih ke syurga bukan?

8- Sistem Online Yang Dipercayai

Saya kagum dengan sistem online yang Shaklee sediakan kepada pengedar-pengedarnya. Sungguh reliable, user friendly dan mudah untuk diakses.

Tak sampai 3 minit saya sudah boleh selesaikan pesanan dari pelanggang. Juga boleh membuat pendaftaran ahli baru dengan begitu pantas sekali, walaupun sebelah tangan mengendong anak.

9- Masa Yang Lebih Fleksible

Apabila ada bisnes sendiri seperti bisnes Shaklee, masa saya lebih fleksible. Saya bebas mengatur jadual harian saya sebagai domestic engineer (suri rumah) dan pengedar Shaklee.

Walaupun sibuk, tetap saja bisnes dapat diurus dengan baik.

10- Bisnes Yang Boleh Diuruskan Dari Kutub Utara

Walau di mana saja saya berada (asalkan ada talian Internet), saya boleh uruskan pesanan pelanggan, mendaftar ahli baru, follow up pelanggang dan bakal pelanggan, membuat promosi dan marketing¬† dan juga ‘coaching’ downline-downline tersayang tanpa sebarang masalah.

Tak perlu duduk menghadap lap top atau komputer. Hanya gunakan smartphone sahaja.

Inilah sebabnya kenapa saya setia dan kekal dengan bisnes kesayangan ini. Belum pernah saya jumpa bisnes sebaik ini.

Semua orang ada peluang. Tak perlu modal besar, hanya RM68.90 untuk daftarkan keahlian dan memulakan bisnes.

Bertindak sekarang, bertangguh hanya akan melewatkan kejayaan. Mahu bersama saya di Team GLORY, anda boleh SMS/WA ke 0167731892.

Mari bersama-sama jadikan impian sebagai realiti.